KEWANGAN BISNES KECIL DAN SEDERHANA | 24 - 25 JUN 2024 | 2 HARI
KEWANGAN BISNES KECIL DAN SEDERHANA
Di sebuah bandar
kecil di utara Semenanjung, terdapat sebuah pasaraya kecil bernama Wira Niaga
Mart. Pemiliknya, Puan Hidayah memulakan bisnes dengan impian yang besar,
tetapi dia tahu bahawa mengurus kewangan dengan bijak merupakan kunci untuk
membawa Wira Niaga Mart ke tahap yang lebih tinggi. Itulah sebabnya dia menyertai
program latihan Kewangan Bisnes Kecil dan Sederhana.
Puan Hidayah memilih dua orang staf terbaiknya iaitu Rizal, seorang pegawai akaun lulusan UiTM yang baru 5 bulan menyertainya dan Leha, seorang penyelia operasi. Mereka menyertai program latihan selama 2 hari ini dengan harapan untuk membawa pulang pengetahuan yang akan jadikan Wira Niaga Mart lebih kukuh dari segi kewangan. Program latihan ini bukan kursus biasa-biasa, tetapi satu pengembaraan ilmu yang membawa bersama manfaat besar kepada mana-mana bisnes kecil dan sederhana.
Program ini adalah seperti butiran berikut:
- Program latihan komprehensif yang merangkumi aspek-aspek penting mengenai cara untuk mengurus kewangan syarikat secara efektif
- Sesuai untuk pengurus dan pekerja yang bercita-cita tinggi untuk mengurus kewangan syarikat secara efektif dan seterusnya jadikan kewangan syarikat lebih terurus
- Tambahbaik aspek kewangan syarikat supaya dapat mengatasi risiko-risiko berkaitan
Dalam 2 hari, peserta akan belajar mengenai:
1. Asas-asas kewangan
yang perlu diketahui oleh setiap pemilik bisnes kecil.
2. Bagaimana untuk merancang bajet yang
realistik untuk bisnes kecil.
3. Teknik mengurus aliran tunai
agar bisnes sentiasa cekap.
4. Cara menyusun perancangan kewangan
yang membawa kejayaan dalam jangka pendek dan jangka panjang.
5. Cara memantau prestasi kewangan bisnes secara berterusan.
6. Bagaimana untuk terus belajar dan menyesuaikan diri dengan perubahan dalam persekitaran bisnes.
Lokasi dan tarikh program:
24 - 25 Jun 2024 melalui Zoom Meeting
Pautan Zoom Meeting akan dihantar melalui emel pendaftaran bertajuk Pengesahan Pendaftaran sebaik sahaja pembayaran diluluskan dan pendaftaran berjaya. Sila rujuk emel pendaftaran untuk pautan Zoom Meeting.
Sijil diberi dalam bentuk digital.
Program ini non-HRDCorp claimable.
Untuk pertanyaan lanjut, sila WhatsApp ke 0106580910.
Kami berminat untuk berkongsi mengenai cara untuk mengurus kewangan syarikat secara efektif dengan anda. Program ini direka khas agar anda dapat memahami cara untuk membangunkan program berkenaan di syarikat anda.
Trainer anda: Hishamuddin Abdul Halim.
Melabur untuk masa depan syarikat anda. Ambil langkah pertama ke arah membina keunggulan dan daya saing syarikat anda.
Jangan lepaskan peluang ini. Daftar segera!