JIMAT KOS SYARIKAT SECARA EFEKTIF | 05 - 06 JUN 2024 | 2 HARI

JIMAT KOS SYARIKAT SECARA EFEKTIF
Di Shah Alam, terdapat sebuah
syarikat yang bernama Optimax Sdn Bhd. Syarikat itu mempunyai impian untuk
mengurus bisnes mereka dengan lebih efektif dan jimat. Hasrat ini membawa
mereka kepada satu program latihan yang bakal mengubah masa depan syarikat
iaitu Jimat Kos Syarikat Secara Efektif.
Dalam keadaan ekonomi yang
mencabar, CEO Optimax, En. Ahmad Fitri sedar bahawa strategi untuk jimatkan kos
bukan hanya satu keperluan, tetapi lebih kepada satu kebijaksanaan. Maka, dia
memilih dua wakil yang paling bersemangat dan berfikiran strategik dalam
syarikat iaitu Ivana, akauntan syarikat dan Selvam, seorang pengurus operasi
yang berwawasan.
Program latihan selama 2 hari tersebut
membawa harapan yang menggunung. Ini bukan sekadar kursus biasa. Ia merupakan kunci
untuk membuka gerbang kecekapan dan pengurusan kos yang efektif.
Kami memahami bahawa kurangkan kos syarikat merupakan keperluan mendesak di untuk syarikat anda. Program kami dibangunkan khas untuk menangani cabaran ini. Program kami melengkapkan pengurus dan pekerja dengan skil yang diperlukan untuk mengurus program jimat kos syarikat secara efektif.
Program ini adalah seperti butiran berikut:
- Program latihan komprehensif yang merangkumi aspek-aspek penting mengenai cara untuk mengurus program jimat kos secara efektif di pelbagai peringkat dalam syarikat
- Sesuai untuk pengurus dan pekerja yang bercita-cita tinggi untuk jimatkan kos syarikat dan seterusnya jadikan syarikat lebih kompetitif dalam pasaran
- Pacu akaun syarikat dan capai daya saing yang lebih tinggi
Dalam 2 hari, peserta akan belajar mengenai:
1. Bagaimana mengenalpasti kos yang kritikal dan kos yang boleh dioptimumkan.
2. Cara kurangkan kos syarikat dalam operasi, reka bentuk dan overhed.
3. Strategi berunding yang efektif untuk dapatkan harga terbaik dan seni mengurus kontrak untuk pastikan syarikat tidak rugi melalui perjanjian dengan pembekal.
4. Cara optimumkan inventori tanpa korbankan ketersediaan produk sambil minimumkan pembaziran.
Lokasi dan tarikh program:
05 - 06 Jun 2024 melalui Zoom Meeting
Pautan Zoom Meeting akan dihantar melalui emel pendaftaran bertajuk Pengesahan Pendaftaran sebaik sahaja pembayaran diluluskan dan pendaftaran berjaya. Sila rujuk emel pendaftaran untuk pautan Zoom Meeting.
Sijil diberi dalam bentuk digital.
Program ini non-HRDCorp claimable.
Untuk pertanyaan lanjut, sila WhatsApp ke 0106580910.
Kami berminat untuk berkongsi mengenai cara untuk melaksana program jimatkan kos secara efektif dengan anda. Program ini direka khas agar anda dapat memahami cara untuk membangunkan program berkenaan di syarikat anda.
Trainer anda: Hishamuddin Abdul Halim.
Melabur untuk masa depan syarikat anda. Ambil langkah pertama ke arah membina keunggulan dan daya saing syarikat anda.
Jangan lepaskan peluang ini. Daftar segera!