MEMAHAMI DAN MELAKSANA ISO9001:2015 | 22 - 23 APRIL 2024 | 2 HARI
Memahami dan Melaksana ISO9001:2015
Di sebuah kawasan
industri di Melaka, terdapat sebuah syarikat bernama "Kumpulan
Cemerlang." Syarikat ini bergiat dalam sektor pembinaan, pembuatan dan
runcit. Mereka sedang berusaha mencari rahsia untuk mencapai keunggulan dalam
industri yang mereka ceburi. Tanpa disangka-sangka, perjalanan mereka akan
berubah selama-lamanya.
CEO Kumpulan
Cemerlang, Puan Nina, terjumpa sebuah artikel menarik mengenai satu teknik pengurusan
yang sangat hebat iaitu ISO 9001:2015. Menurut artikel berkenaan, ISO 9001:2015
merupakan kunci kepada kemampanan organisasi, keunggulan produk dan
perkhidmatan serta kepuasan pelanggan. ISO 9001:2015 bukan sekadar satu
standard; ia merupakan laluan ke arah syarikat menjadi hebat dan berdaya saing!
Sebagai pembuka
langkah, Kumpulan Cemerlang memilih untuk menghantar pekerja terbaik mereka, Kumar,
seorang pengurus berpengalaman dan Vivian, seorang bakat muda yang berpotensi
besar.
Program latihan
ISO 9001:2015 selama 2 hari ditunggu-tunggu oleh mereka. Program ini direka bentuk
untuk pemimpin berwawasan, seperti Puan Nina, yang tahu bahawa standard ISO
9001:2015 bukan sekadar berkaitan dengan pengurusan kualiti tetapi juga dapat mengubah
organisasi mereka untuk menjadi satu syarikat yang unggul dan berdaya saing
pada masa depan.
Program ini besar impaknya kepada
syarikat. Dengan memahami dan melaksana standard ISO 9001:2015, Kumpulan
Cemerlang tahu bahawa mereka dapat:
1. Jadikan organisasi mampan dan mampu bertahan pada masa depan.
2. Tawarkan produk dan perkhidmatan
yang cemerlang secara konsisten serta memenangi kepercayaan dan kesetiaan
pelanggan.
3. Pertingkatkan kecekapan syarikat dengan
menyusun semula proses, kurangkan pembaziran dan optimumkan operasi yang
merupakan satu pendekatan untuk jimatkan kos syarikat dan mencatat keuntungan
yang lebih baik.
4. Wujudkan budaya penambahbaikan
berterusan di mana inovasi dan kecemerlangan menjadi syarat untuk syarikat
menjadi hebat dan berdaya saing.
Dalam 2 hari, peserta akan belajar
bagaimana:
1. Menggunakan Analisis PESTLE dan
Analisis SWOT untuk menangani isu-isu luaran dan dalaman yang mempengaruhi
organisasi.
2. Mengenalpasti keperluan dan jangkaan
pihak berkepentingan yang memberi impak besar kepada organisasi.
3. Menentukan skop SPK.
4. Memahami aspek penting mengenai SPK.
5. Memahami peranan Pengurusan Atasan dalam organisasi.
6. Mereka bentuk dasar kualiti
organisasi.
7. Menangani risiko dan peluang dalam
mengurus syarikat.
8. Mengembangkan objektif kualiti dan
cara untuk mencapainya.
9. Memahami dan mendapat manfaat dari
elemen sokongan dalam SPK.
10. Memahami perancangan dan kawalan
operasi serta keperluan produk dan perkhidmatan.
11. Memahami aspek-aspek mengenai reka
bentuk produk dan perkhidmatan.
12. Kawal proses, produk dan
perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat.
13. Memahami mengenai penyediaan
produk dan perkhidmatan.
14. Kawal pelepasan produk dan
perkhidmatan serta hasil yang tidak mematuhi kriteria.
15. Menilai prestasi organisasi.
16. Meningkatkan SPK dan organisasi
melalui penambahbaikan berterusan.
Lokasi dan tarikh program:
22 - 23 April 2024 melalui platform
Zoom
Pautan Zoom Meeting akan dihantar
melalui emel pendaftaran bertajuk Pengesahan Pendaftaran sebaik sahaja pembayaran diluluskan dan pendaftaran berjaya. Sila rujuk emel pendaftaran untuk pautan Zoom Meeting.
Sijil diberi dalam bentuk digital.
Program ini non-HRDCorp claimable.
Untuk pertanyaan lanjut, sila WhatsApp
ke 0106580910.
Kami berminat untuk berkongsi
mengenai cara untuk melaksana ISO 9001:2015 secara efektif dengan anda. Program
ini direka khas agar anda dapat memahami cara untuk membangunkan sistem berkenaan
di syarikat anda.
Trainer anda: Hishamuddin Abdul Halim.
Melabur untuk masa depan syarikat anda. Ambil langkah pertama ke arah membina keunggulan dan daya saing syarikat anda.
Jangan lepaskan peluang ini. Daftar segera!