MEMAHAMI DAN MELAKSANA ISO9001:2015 | 23 - 24 JAN 2024 | 2 HARI

MEMAHAMI DAN MELAKSANA ISO9001:2015 | 23 - 24 JAN 2024 | 2 HARI

Memahami dan Melaksana ISO9001:2015


Di sebuah kawasan industri di Melaka, terdapat sebuah syarikat bernama "Kumpulan Cemerlang." Syarikat ini bergiat dalam sektor pembinaan, pembuatan dan runcit. Mereka sedang berusaha mencari rahsia untuk mencapai keunggulan dalam industri yang mereka ceburi. Tanpa disangka-sangka, perjalanan mereka akan berubah selama-lamanya.

 

CEO Kumpulan Cemerlang, Puan Nina, terjumpa sebuah artikel menarik mengenai satu teknik pengurusan yang sangat hebat iaitu ISO 9001:2015. Menurut artikel berkenaan, ISO 9001:2015 merupakan kunci kepada kemampanan organisasi, keunggulan produk dan perkhidmatan serta kepuasan pelanggan. ISO 9001:2015 bukan sekadar satu standard; ia merupakan laluan ke arah syarikat menjadi hebat dan berdaya saing!

 

Sebagai pembuka langkah, Kumpulan Cemerlang memilih untuk menghantar pekerja terbaik mereka, Kumar, seorang pengurus berpengalaman dan Vivian, seorang bakat muda yang berpotensi besar.

 

Program latihan ISO 9001:2015 selama 2 hari ditunggu-tunggu oleh mereka. Program ini direka bentuk untuk pemimpin berwawasan, seperti Puan Nina, yang tahu bahawa standard ISO 9001:2015 bukan sekadar berkaitan dengan pengurusan kualiti tetapi juga dapat mengubah organisasi mereka untuk menjadi satu syarikat yang unggul dan berdaya saing pada masa depan.

 

Program ini besar impaknya kepada syarikat. Dengan memahami dan melaksana standard ISO 9001:2015, Kumpulan Cemerlang tahu bahawa mereka dapat:

 

1. Jadikan organisasi mampan dan mampu bertahan pada masa depan.

 

2. Tawarkan produk dan perkhidmatan yang cemerlang secara konsisten serta memenangi kepercayaan dan kesetiaan pelanggan.

 

3. Pertingkatkan kecekapan syarikat dengan menyusun semula proses, kurangkan pembaziran dan optimumkan operasi yang merupakan satu pendekatan untuk jimatkan kos syarikat dan mencatat keuntungan yang lebih baik.

 

4. Wujudkan budaya penambahbaikan berterusan di mana inovasi dan kecemerlangan menjadi syarat untuk syarikat menjadi hebat dan berdaya saing.

 

Dalam 2 hari, peserta akan belajar bagaimana:

 

1.   Menggunakan Analisis PESTLE dan Analisis SWOT untuk menangani isu-isu luaran dan dalaman yang mempengaruhi organisasi.

2.   Mengenalpasti keperluan dan jangkaan pihak berkepentingan yang memberi impak besar kepada organisasi.

3.   Menentukan skop SPK.

4.   Memahami aspek penting mengenai SPK.

5.   Memahami peranan Pengurusan Atasan dalam organisasi.

6.   Mereka bentuk dasar kualiti organisasi.

7.   Menangani risiko dan peluang dalam mengurus syarikat.

8.   Mengembangkan objektif kualiti dan cara untuk mencapainya.

9.   Memahami dan mendapat manfaat dari elemen sokongan dalam SPK.

10. Memahami perancangan dan kawalan operasi serta keperluan produk dan perkhidmatan.

11. Memahami aspek-aspek mengenai reka bentuk produk dan perkhidmatan.

12. Kawal proses, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat.

13. Memahami mengenai penyediaan produk dan perkhidmatan.

14. Kawal pelepasan produk dan perkhidmatan serta hasil yang tidak mematuhi kriteria.

15. Menilai prestasi organisasi.

16. Meningkatkan SPK dan organisasi melalui penambahbaikan berterusan.

 

Lokasi dan tarikh program:

 

23 - 24 Januari 2024 melalui platform Zoom

 

Pautan Zoom Meeting akan dihantar melalui emel pendaftaran bertajuk Pengesahan Pendaftaran sebaik sahaja pembayaran diluluskan dan pendaftaran berjaya. Sila rujuk emel pendaftaran untuk pautan Zoom Meeting.

Sijil diberi dalam bentuk digital.

Program ini non-HRDCorp claimable.

 

Untuk pertanyaan lanjut, sila WhatsApp ke 0106580910.

 

Kami berminat untuk berkongsi mengenai cara untuk melaksana ISO 9001:2015 secara efektif dengan anda. Program ini direka khas agar anda dapat memahami cara untuk membangunkan sistem berkenaan di syarikat anda.



Trainer anda: Hishamuddin Abdul Halim.


Melabur untuk masa depan syarikat anda. Ambil langkah pertama ke arah membina keunggulan dan daya saing syarikat anda.


Jangan lepaskan peluang ini. Daftar segera!


Pelaburan tuan cuma RM249!





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
MEMAHAMI & MELAKSANA ISO 9001:2015 | ZOOM MEETING 23/01 - 24/01 2024 | 2 HARI
HABIS STOK
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN