MENCEGAH, MENGAWAL DAN MENGURUS PENYAKIT BERJANGKIT ISO45006:2023 | 17 AUG - 18 AUG 2024 | 2 HARI

MENCEGAH, MENGAWAL DAN MENGURUS PENYAKIT BERJANGKIT ISO45006:2023 | 17 AUG - 18 AUG 2024 | 2 HARI

Mencegah, Mengawal dan Mengurus Penyakit Berjangkit: Pendekatan ISO45006:2023


Adakah anda mahu membina tempat kerja yang sihat dan selamat daripada risiko penyakit berjangkit? Adakah anda ingin pertingkatkan pencegahan, kawalan dan pengurusan penyakit berjangkit di tempat kerja anda ke tahap yang lebih tinggi tetapi tidak tahu di bagaimana hendak bermula? Program ini direka khas untuk pengamal atau pelajar kesihatan dan keselamatan pekerjaan seperti anda. Kursus komprehensif kami akan lengkapkan diri anda dengan pengetahuan, kemahiran dan alat-alat yang anda perlukan untuk membina sistem pengurusan bagi mencegah, mengawal dan mengurus penyakit berjangkit di tempat kerja yang mantap supaya dapat mewujudkan tempat persekitaran kerja yang lebih sihat, selamat dan sejahtera di tempat kerja anda.


Program ini adalah seperti berikut:


  • Program latihan komprehensif yang merangkumi aspek-aspek penting mengenai mencegah, mengawal dan mengurus penyakit berjangkit di tempat kerja berdasarkan kepada ISO 45001:2018 dan ISO 45006:2023
  • Mengandungi langkah-langkah praktikal dan contoh yang boleh dilakukan segera
  • Sesuai untuk pengamal dan pelajar kesihatan dan keselamatan pekerjaan serta pegawai organisasi pada semua peringkat
  • Pacu kesihatan dan keselamatan pekerjaan di tempat kerja anda dan capai tahap yang lebih tinggi


Hanya dalam 2 hari, anda akan belajar bagaimana untuk:


  1. Mengenali dan mengetahui isu-isu luar & dalaman serta keperluan dan jangkaan pihak-pihak yang berkepentingan dalam mencegah, mengawal dan mengurus penyakit berjangkit di tempat kerja
  2. Memahami peranan pengurusan dan penglibatan pekerja
  3. Mengendali risiko, peluang serta kawalan berkaitan keselamatan biologi dan penyakit berjangkit
  4. Mengenali dan mengurus ruang perundingan dan penyertaan pekerja
  5. Mengenalpasti dan mengendali elemen-elemen sokongan berkaitan
  6. Mengurus perubahan
  7. Mengurus kesiapsediaan dan tindakan kecemasan
  8. Memahami cara untuk menilai prestasi keselamatan biologi dan penyakit berjangkit
  9. Memahami cara untuk menambahbaik sistem pengurusan keselamatan biologi dan penyakit berjangkit
  10. Memahami mengenai keselamatan biologi dan penyakit berjangkit

Antara tugas wajib SHO:


“Untuk menasihati majikan atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi suatu tempat kerja mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan orang-orang yang diambil kerja di tempat kerja.”

Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 – Peraturan 18(a)


Untuk membantu majikan atau jawatankuasa keselamatan dan kesihatan jika ada, menurut peraturan 11, Peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan) 1996 dalam menganjurkan dan melaksanakan program keselamatan dan kesihatan  pekerja di tempat kerja.”

Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 – Peraturan 18(d)


Lokasi dan tarikh program:


17 - 18 Ogos 2024 melalui Zoom Meeting


10 Mata CEP. No. kelulusan JKKP: JKKP/2024/14/00165


Link untuk Zoom Meeting pada tarikh-tarikh berkenaan akan dihantar melalui emel Pengesahan Pendaftaran. Untuk pertanyaan lanjut, WhatsApp 0106580910.


Kami bersemangat untuk berkongsi dengan anda mengenai cara-cara untuk mencegah, mengawal dan mengurus penyakit berjangkit di tempat kerja anda melalui pendekatan ISO 45006:2023. Program ini direkabentuk khusus supaya anda dapat memahami dengan jelas mengenai cara-cara untuk hasrat berkenaan dengan efektif.



Trainer anda: Hishamuddin Abdul Halim.


Melabur untuk masa depan kesihatan dan keselamatan pekerjaan di tempat kerja anda dan diri anda sendiri. Ambil langkah pertama ke arah membina kefahaman dan skil mengenai cara untuk mencegah, mengawal dan mengurus penyakit berjangkit di tempat kerja.


Jangan lepaskan peluang ini untuk pertingkatkan skil anda mengenai perkara ini. Daftar sekarang!


Yuran kursus serta diskaun dinyatakan seperti pada poster program!





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
MENCEGAH, MENGAWAL DAN MENGURUS PENYAKIT BERJANGKIT ISO 45006:2023 | ZOOM MEETING 17/08 - 18/08 2024 | 2 HARI
HABIS STOK
JUMLAH

Kupon Diskaun

Masukkan kod kupon di bawah (jika ada) dan tuntut!

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN