MENILAI PRESTASI OHS PENDEKATAN ISO 45004:2024 | ZOOM MEETING 19/02 - 20/02 2025 | 2 HARI

Menilai Prestasi OHS: Pendekatan ISO45004:2024
Adakah anda ingin pertingkatkan keupayaan organisasi anda dalam menilai prestasi Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OHS) secara lebih efektif? Adakah anda mencari pendekatan sistematik untuk mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan peluang penambahbaikan dalam proses menilai prestasi OHS tempat kerja anda?
Program ini direka khas untuk mereka yang bercita-cita tinggi untuk memahami dan mengaplikasi pendekatan terkini menilai prestasi OHS berdasarkan kepada standard ISO 45004:2024. Dalam kursus ini, anda akan dilengkapi dengan pengetahuan mendalam mengenai teknik menilai prestasi OHS organisasi secara objektif, berstruktur dan menyeluruh.
Melalui pendekatan ini, anda bukan sahaja dapat mengenal pasti jurang dalam pelaksanaan OHS tetapi juga memacu penambahbaikan berterusan di tempat kerja anda, sekaligus mewujudkan tempat kerja yang lebih sihat dan selamat. Sertai program ini dan jadikan penilaian prestasi OHS sebagai langkah strategik untuk membina budaya OHS yang cemerlang di organisasi anda!
Program ini adalah seperti berikut:
- Program latihan komprehensif yang merangkumi aspek-aspek penting mengenai menilai prestasi OHS di tempat kerja berdasarkan kepada ISO 45001:2018 dan ISO 45004:2024
- Mengandungi langkah-langkah praktikal dan contoh yang boleh dilakukan segera
- Sesuai untuk pengamal dan pelajar kesihatan dan keselamatan pekerjaan serta pegawai organisasi pada semua peringkat
- Pacu kesihatan dan keselamatan pekerjaan di tempat kerja anda dan capai tahap yang lebih tinggi
Hanya dalam 2 hari, anda akan belajar bagaimana untuk:
- Mempelajari skil untuk mengurus program menilai prestasi OHS di tempat kerja
- Mengenali elemen-elemen dalam proses menilai prestasi OHS
- Memahami sumber-sumber maklumat dan alat-alat dalam proses menilai prestasi OHS
- Mengenali ciri-ciri utama dan jenis-jenis penunjuk prestasi serta memilih penunjuk
- Memahami cara untuk mengintegrasi proses menilai prestasi OHS ke dalam proses bisnes lain
- Memahami elemen ketidakpastian dalam menilai prestasi
- Memahami elemen memantau dan mengukur dalam proses menilai prestasi
- Memahami cara untuk menganalisis dan menilai
- Mempelajari mengenai komunikasi penilaian prestasi
- Menguasai skil untuk bertindak ke atas hasil penilaian prestasi
Antara tugas wajib SHO:
“Untuk menasihati majikan atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi suatu tempat kerja mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan orang-orang yang diambil kerja di tempat kerja.”
Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 – Peraturan 18(a)
“Untuk membantu majikan atau jawatankuasa keselamatan dan kesihatan jika ada, menurut peraturan 11, Peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan) 1996 dalam menganjurkan dan melaksanakan program keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.”
Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 – Peraturan 18(d)
Lokasi dan tarikh program:
19 - 20 Februari 2025 melalui Zoom Meeting
10 Mata CEP. No. kelulusan JKKP: JKKP/2025/14/00040
Link untuk Zoom Meeting pada tarikh-tarikh berkenaan akan dihantar melalui emel Pengesahan Pendaftaran. Untuk pertanyaan lanjut, WhatsApp 0106580910.
Kami bersemangat untuk berkongsi dengan anda mengenai cara-cara untuk menilai prestasi OHS di tempat kerja anda melalui pendekatan ISO 45004:2024. Program ini direkabentuk khusus supaya anda dapat memahami dengan jelas mengenai cara-cara untuk menilai prestasi OHS dengan efektif.
Trainer anda: Hishamuddin Abdul Halim.
Melabur untuk masa depan kesihatan dan keselamatan pekerjaan di tempat kerja anda dan diri anda sendiri. Ambil langkah pertama ke arah membina kefahaman dan skil mengenai cara untuk menilai prestasi OHS di tempat kerja.
Jangan lepaskan peluang ini untuk pertingkatkan skil anda mengenai perkara ini. Daftar sekarang!