MEMAHAMI DAN MELAKSANA ISO45001:2018 OHSMS BERBANTUKAN AI (ONLINE)| 04 - 05 MEI 2026 | 2 HARI

MEMAHAMI DAN MELAKSANA ISO45001:2018 OHSMS BERBANTUKAN AI (ONLINE)| 04 - 05 MEI 2026 | 2 HARI

Memahami dan Melaksana ISO45001:2018 OHSMS Berbantukan AI


Adakah anda mahu membina tempat kerja yang benar-benar selamat, sihat dan berprestasi tinggi?

Adakah anda ingin lonjakkan sistem pengurusan kesihatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja anda ke tahap seterusnya tetapi anda tidak pasti bagaimana hendak bermula atau bagaimana hendak melaksanakannya secara efektif?

Inilah program yang akan mengubah cara anda melihat dan melaksanakan ISO 45001:2018.

Program ini direka khas untuk pengamal kesihatan dan keselamatan pekerjaan, SHO, pengurus , eksekutif serta pelajar dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Lebih daripada sekadar kursus, ia adalah pelan tindakan praktikal untuk bantu anda membina OHSMS yang benar-benar berfungsi di tempat kerja.

Lebih menarik, program ini mengintegrasikan penggunaan AI (Artificial Intelligence) sebagai “co-pilot” anda:

  • Memahami klausa dengan lebih pantas dan mendalam
  • Menjana dokumentasi OHSMS dengan efisien
  • Membantu analisis risiko, audit, dan penambahbaikan
  • Menyokong keputusan berasaskan data dan situasi sebenar

Apa yang Menjadikan Program Ini Berbeza?

  • Program latihan komprehensif yang merangkumi aspek-aspek penting mengenai ISO 45001:2018
  • Program yang bantu peserta untuk integrasikan AI dalam sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan
  • Pendekatan hands-on + AI-assisted learning (bukan teori semata-mata)
  • Langkah-langkah praktis yang boleh terus diaplikasikan di tempat kerja
  • Contoh sebenar dan teknik yang dapat jimatkan masa
  • Sesuai untuk semua peringkat, daripada beginner hingga practitioner berpengalaman


Dalam Hanya 2 Hari, Anda Akan Belajar Cara Untuk:


  • Mengenal pasti cara untuk mengaplikasi AI dalam ISO 45001:2018
  • Gunakan teknik Prompt Engineering dalam ISO 45001:2018
  • Mengenal pasti keperluan dan jangkaan pihak berkepentingan
  • Menentukan skop OHSMS dengan tepat
  • Memahami struktur dan keperluan utama ISO 45001:2018
  • Mengukuhkan peranan kepimpinan dan penglibatan pekerja
  • Merekabentuk dasar OHS yang berkesan
  • Mengurus risiko dan peluang secara sistematik
  • Memenuhi keperluan perundangan dan pematuhan
  • Membangunkan objektif OHS dan pelan tindakan
  • Mengurus elemen sokongan dalam OHSMS
  • Merancang dan mengawal operasi berkaitan OHS
  • Menghapuskan hazard dan mengurangkan risiko secara efektif
  • Mengurus perubahan dengan selamat
  • Mengintegrasikan fungsi perolehan dengan keperluan OHS
  • Mengurus kesiapsiagaan dan tindak balas kecemasan
  • Menilai prestasi OHS secara bermakna
  • Melaksanakan penambahbaikan berterusan


Kelebihan Tambahan: AI dalam OHSMS

 

Pada sepanjang latihan, anda akan didedahkan bagaimana hendak gunakan AI untuk:

 

  • Menjana HIRARC dengan lebih pantas dan tepat
  • Membina SOP dan polisi OHS dalam masa yang singkat
  • Sediakan soalan audit dalaman berkualiti tinggi
  • Menganalisis insiden dan mengenal pasti punca (root cause)
  • Sediakan laporan dan bahan pembentangan kepada pihak pengurusan



Bayangkan kerja yang biasanya mengambil masa berhari-hari dapat disiapkan dalam tempoh ybeberapa jam.



Antara tugas wajib SHO:


“Untuk menasihati majikan atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi suatu tempat kerja mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan orang-orang yang diambil kerja di tempat kerja.”


Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 – Peraturan 18(a)


Untuk membantu majikan atau jawatankuasa keselamatan dan kesihatan jika ada, menurut peraturan 11, Peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan) 1996 dalam menganjurkan dan melaksanakan program keselamatan dan kesihatan  pekerja di tempat kerja.”


Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 – Peraturan 18(d)


Lokasi dan tarikh program:


04 - 05 Mei 2026 melalui Zoom Meeting


10 Mata CEP. No. kelulusan JKKP: JKKP/2026/


Link untuk Zoom Meeting pada tarikh-tarikh berkenaan akan dihantar melalui emel Pengesahan Pendaftaran. Untuk pertanyaan lanjut, WhatsApp 0106580910.



Trainer anda: Hishamuddin Abdul Halim. Beliau berpengalaman luas dalam latihan dan pelaksanaan OHSMS.

 

Kenapa Anda Perlu Sertai Program Ini?

 

Masa depan OHS bukan lagi berasaskan kepada pendekatan manual. Masa depan OHS ialah digital, pintar dan dipacu AI.

 

Jika anda ingin:


  • Menjadi lebih cekap dan bernilai dalam organisasi
  • Mempercepatkan pelaksanaan OHSMS
  • Membina sistem yang benar-benar memberi impak

 

Ini titik permulaan anda! 


Daftar hari ini dan bina sistem keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang bukan sahaja patuh, tetapi benar-benar berfungsi.Daftar sekarang!

 

Pelaburan Anda cuma RM299.00 sahaja.





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
MEMAHAMI DAN MELAKSANA ISO 45001:2018 | ZOOM MEETING 04/05 - 05/05 2026 | 2 HARI
HABIS STOK
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN