MEMAHAMI DAN MELAKSANA ISO45001:2018 | 23 - 24 MAC 2024 | 2 HARI

MEMAHAMI DAN MELAKSANA ISO45001:2018 | 23 - 24 MAC 2024 | 2 HARI

Memahami dan Melaksana ISO45001:2018


Adakah anda mahu membina tempat kerja yang sihat dan selamat? Adakah anda ingin membawa kesihatan dan keselamatan pekerjaan di tempat kerja anda ke tahap yang lebih tinggi tetapi tidak tahu di bagaimana hendak bermula? Program ini direka khas untuk pengamal atau pelajar kesihatan dan keselamatan pekerjaan seperti anda. Kursus komprehensif kami akan lengkapkan diri anda dengan pengetahuan, kemahiran dan alat-alat yang anda perlukan untuk membina sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan yang mantap supaya dapat memacu pertumbuhan dan kejayaan kesihatan dan keselamatan pekerjaan di tempat kerja anda.


Program ini adalah seperti berikut:


  • Program latihan komprehensif yang merangkumi aspek-aspek penting mengenai sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan ISO 45001:2018
  • Mengandungi langkah-langkah praktikal dan contoh yang boleh dilakukan segera
  • Sesuai untuk pengamal dan pelajar kesihatan dan keselamatan pekerjaan serta eksekutif syarikat pada semua peringkat
  • Pacu kesihatan dan keselamatan pekerjaan di tempat kerja anda dan capai tahap yang lebih tinggi


Hanya dalam 2 hari, anda akan belajar bagaimana untuk:


  • Mengenali dan mengetahui keperluan dan jangkaan pihak-pihak yang berkepentingan dalam kesihatan dan keselamatan pekerjaan
  • Menentukan skop OHSMS
  • Memahami aspek-aspek penting mengenai OHSMS
  • Memahami peranan pengurusan dan penglibatan pekerja
  • Merekabentuk dasar OHS
  • Mengendali risiko dan peluang dalam OHS dan OHSMS
  • Menangani keperluan undang-undang dan lain-lain keperluan
  • Membangun objektif OHS dan cara untuk mencapainya
  • Mengenalpasti dan mengendali elemen-elemen sokongan dalam OHSMS
  • Memahami mengenai perancangan dan kawalan operasi berhubung dengan OHS
  • Memahami cara-cara untuk hapuskan hazard dan kurangkan risiko OHS
  • Mengurus perubahan
  • Memahami kaitan fungsi perolehan organisasi dan OHS
  • Mengurus kesiagaan dan tindakan kecemasan
  • Menilai prestasi
  • Menambahbaik OHS dan OHSMS

Antara tugas wajib SHO:


“Untuk menasihati majikan atau mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi suatu tempat kerja mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan orang-orang yang diambil kerja di tempat kerja.”

Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 – Peraturan 18(a)


Untuk membantu majikan atau jawatankuasa keselamatan dan kesihatan jika ada, menurut peraturan 11, Peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan) 1996 dalam menganjurkan dan melaksanakan program keselamatan dan kesihatan  pekerja di tempat kerja.”

Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 – Peraturan 18(d)


Lokasi dan tarikh program:


23 - 24 Mac 2024 melalui Zoom Meeting


10 Mata CEP. No. kelulusan JKKP: JKKP/2024/14/00006


Link untuk Zoom Meeting pada tarikh-tarikh berkenaan akan dihantar melalui emel pendaftaran. Untuk pertanyaan lanjut, WhatsApp 0106580910.


Kami bersemangat untuk berkongsi mengenai cara-cara untuk laksanakan ISO 45001:2018 di tempat kerja dengan anda. Program ini direkabentuk khusus supaya anda dapat memahami dengan jelas mengenai cara-cara untuk membangun sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan di tempat kerja yang efektif dengan keyakinan yang kukuh untuk laksanakan rancangan anda.



Trainer anda: Hishamuddin Abdul Halim.


Melabur untuk masa depan kesihatan dan keselamatan pekerjaan untuk tempat kerja anda dan diri anda sendiri. Ambil langkah pertama ke arah membina kefahaman dan skil mengenai sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan.


Jangan lepaskan peluang ini untuk pertingkatkan sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan di tempat kerja anda dan mencapai potensi sepenuhnya. Daftar sekarang!


Bayar seikhlas hati anda. Kami tidak tetapkan bayaran!





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
MEMAHAMI DAN MELAKSANA ISO 45001:2018 | ZOOM MEETING 23/03 - 24/03 2024 | 2 HARI
HABIS STOK
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN