MEMAHAMI DAN MELAKSANA ESG | 17 - 18 APR 2024 | 2 HARI
MEMAHAMI DAN MELAKSANA ESG
Sebuah syarikat
yang bergiat dalam sektor pembuatan dan pembinaan yang dikenali sebagai Inovasi
Diperbaharui Sdn Bhd bukan sahaja mahu menjadi unggul dalam bisnes, tetapi
juga memahami bahawa tanggungjawab tadbir urus, sosial dan alam sekitar adalah
kunci kelestarian syarikat. Inilah sebabnya mengapa CEO mereka, Puan Jenny,
dengan penuh yakin memilih untuk menyertai program latihan selama 2 hari yang bertajuk
Memahami dan Melaksana ESG.
Puan Jenny memilih dua staf terhebat di dalam pasukannya, Ahmad, seorang pengurus sumber manusia yang peka dengan isu sosial dan Kamala, seorang jurutera alam sekitar yang cenderung kepada isu-isu alam sekitar. Mereka berharap supaya dapat membawa pulang pemahaman yang lebih mendalam mengenai ESG (Environmental, Social, and Governance) untuk menyumbang kepada visi kelestarian syarikat mereka. Melalui pelaksanaan ESG yang efektif, mereka yakin syarikat dapat meningkatkan reputasi dan pematuhan terhadap peraturan serta menarik pelabur dan pelanggan terutama sekali dari luar negara yang sangat menghargai syarikat yang mempunyai tanggungjawab sosial dan alam sekitar yang tinggi.
Program latihan ini bukan sekadar kursus biasa-biasa, tetapi sebuah penerokaan untuk memahami dan melaksana ESG secara holistik.
Program ini adalah seperti butiran berikut:
- Program latihan komprehensif yang merangkumi aspek-aspek penting mengenai cara untuk melaksana ESG di syarikat secara efektif
- Sesuai untuk pengurus dan pekerja yang sentiasa terlibat untuk membuat keputusan strategik dan seterusnya terlibat dengan operasi harian syarikat
- Tambahbaik aspek pelaksanaan ESG oleh syarikat supaya dapat mengatasi risiko-risiko berkaitan
Dalam 2 hari, peserta akan belajar mengenai:
1. Pengenalan kepada konsep ESG dan
bagaimana ia berkaitan dengan kelestarian bisnes.
2. Prinsip-prinsip asas dalam
memahami impak sosial dan alam sekitar.
3. Bagaimana untuk selaraskan ESG
dengan strategi bisnes supaya syarikat mempunyai daya tahan.
4. Cara mengukur dan melapor
pencapaian ESG secara efektif.
5. Memahami impak positif berhubung
dengan sosial dan bagaimana syarikat dapat memainkan peranannya dalam
masyarakat.
6. Pentingnya kepimpinan beretika
dalam usaha untuk menjadi syarikat yang berdaya tahan.
7. Strategi untuk mengurangkan impak
alam sekitar dalam operasi syarikat.
8. Cara mencipta persekitaran kerja
yang beretika.
Lokasi dan tarikh program:
17 - 18 April 2024 melalui Zoom Meeting
Pautan Zoom Meeting akan dihantar melalui emel pendaftaran bertajuk Pengesahan Pendaftaran sebaik sahaja pembayaran diluluskan dan pendaftaran berjaya. Sila rujuk emel pendaftaran untuk pautan Zoom Meeting.
Sijil diberi dalam bentuk digital.
Program ini non-HRDCorp claimable.
Untuk pertanyaan lanjut, sila WhatsApp ke 0106580910.
Kami berminat untuk berkongsi mengenai cara untuk melaksana ESG di syarikat secara efektif dengan anda. Program ini direka khas agar anda dapat memahami cara untuk melaksana ESG yang efektif untuk supaya syarikat mempunyai daya tahan.
Trainer anda: Hishamuddin Abdul Halim.
Melabur untuk masa depan syarikat anda. Ambil langkah pertama ke arah membina keunggulan dan daya saing syarikat anda.
Jangan lepaskan peluang ini. Daftar segera!