Bisnes Mantap Kalis Ekonomi Gawat
Ketidaktentuan ekonomi global yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor luar dan dalaman sememangnya membawa cabaran kepada dunia bisnes. Namun, di sebalik cabaran ini terdapat peluang untuk organisasi memperkukuh strategi, pertingkatkan kecekapan operasi dan mencari sumber pertumbuhan baharu. Dengan perancangan yang tepat, bisnes mampu mengekalkan jualan, melindungi margin keuntungan, mengukuhkan aliran tunai serta terus berkembang walaupun dalam suasana ekonomi yang mencabar.
Bagaimana bisnes anda bukan sahaja bertahan, tetapi mampu berkembang dalam situasi sukar?
Buku "Bisnes Mantap Kalis Ekonomi Gawat" ialah jawabannya.
Buku ini sediakan panduan strategik dan langkah-langkah tindakan ('actionable steps') untuk memperkasa bisnes anda untuk menghadapi sebarang cabaran ekonomi. Pelajari teknik pengurusan bisnes yang efektif.
Ditulis khusus untuk pemilik bisnes dan founder yang mahu membina bisnes mampan dan kalis cabaran ekonomi.

Dapatkan panduan penting ini!
Tajuk: Bisnes Mantap Kalis Ekonomi Gawat